Apr 1, 2012

puftt life???

Assalammualaikum...

hari ni rase macam tak da mood gila, semua benda yang dibuat hari ni mesti tak kena...
kenapa semua orang perlu marah?
kenapa semua orang suka marah? <tanya kat diri sendiri la mek>

so nak cerita satu kisah nie...
Pagi tadi aku ikut ibu pergi beli barang dapur sikit,
dekat Bandar Baru Bangi,
so sampai-sampai jer dekat situ, my father turun kan kat tepi jalan dia nak pi parking keta jap...

bukak la pintu nak turun keluar kaki kanan dulu, time nak berdiri tu entah macam mana boleh terjatuh .
pufff seriyes malu jangan cakap ah, time tu la orang nak ramai =_='
"mak,kakak tu buat apa duduk atas jalan?"

damn!!! 

aku jatuh la!!! 


kisah 2
masa tengah cari barang tu, tangan aku dengan tak sengajanya tertolak botol sos cili berjenama maggie 

tu jatuh ke bawah.
bunyi dia aku tak tau nak ungakapkan melalui tulisan...
cuba korang ambil botol sos  pastu letak atas meja, tangan korang tolak lah
botol tu jatuh ke bawah. Macam tu la kot bunyi dia...
so bila botol sos cili tu jatuh, mak aku lah orang yang paling cuak,
patutnya aku la yang cuak, =_=
nasib baik botol tu kebal, tak pecah...
tak payah tunggu kat rumah time tu jugak mak aku dah marah2 <dalam nada yang terkawal ah>


kisah 3
ayah aku ada kasi duit RM50 kat aku suh pergi beli buku yang aku nak tu,
so aku pun pi lah naik kat bangunan yang sama cuma tingkat jer lain, 

masuk lah kedai buku Syabab.
ambil buku yang nak di beli tu, pastu terus pergi kaunter nak bayar
seluk poket nak ambil duit, cek punya cek, 
tengok duit tak da!

DAMN!!!

takkan hilang kot ?
cuak gila aku, time tu along ader dekat sebelah,
aku cakap kat dia duit hilang,
dia terus marah2 aku depan kaunter tu...
sereyes malu buat kali kedua T_T
dia terus bayarkan buku tu untuk aku...
sampai2 jer dekat abah. Dia terus cerita kat abah.
abah apalagi sampai kerata jer terus marah2
"kan abah dah cakap,duit tu terus simpan dalam dompet!"

blah..blah..blah....

aku pun bukak lah beg selempang yang aku bawak , nak ambil headphone.
sekali
"ni hah, duitnya tertinggal dalam beg"


pfffff!
what a tired day...






2 comments:

Nor Nadiah said...

nuha kena kuat macam dalam lagu kelly clasrkson tu k..:)

http://www.nornadiah.com/2012/04/digi-wwwow-2012kini-bermula.html

Nuha Chan said...

thank sis ^_^